Thursday 22 December 2011

KHABAR DARI MIRI


Assalamualaikum w.b.t
setelah 2 bulan lebih di sini, baru saya relatively stable n dapat menaip dengan lebih detail apa yg terjadi pada saya di sini. mohon maaf pada akhwat2 lain yg bertanya khabar saya sebelumnya dan saya hanya dapat menjawab secara ringkas sahaja.
mungkin entry kali ini lebih panjang dan saya mohon pandangan dari akhwat lain dan mengalu-alukan input dari kalian esp dari HO atau doktor lain.
pada dasarnya saya adalah seorang yang lambat dan kebanyakan masa saya akan habiskan banyak masa pada sesuatu perkara kerana saya akan meneliti satu persatu… inilah kelemahan saya dan kadang2 menjadi kebaikan untuk saya. apabila diberitahu penempatan pertama saya di bahagian medical, saya terpana, tidak terkata apa-apa… medical adalah bahagian yang menguruskan penyakit-penyakit pada orang dewasa seperti sakit jantung, buah pinggang, batuk-batuk lama, kencing manis, tekanan darah tinggi dan sebagainya. pada kebiasaanya bahagian ini banyak pesakit dan memerlukan kecepatan yg sgt tinggi di samping ketelitian.
jadi, bermulalah episod baru dalam hidup saya sebagai seorang HO. episod pertama adalah tagging (=orientasi) dengan kecepatan saya seperti ini dan kelambatan saya untuk pick-up MO merasakan saya masih tidak berkemampuan untuk on-call (jaga satu wad seorang diri pada malam hari dan menangani kes-kes yang berat sendirian), jadi mereka memutuskan untuk saya menjalani tempoh tagging untuk satu minggu lagi. (di waktu tagging, datang pagi, balik 10 malam sepanjang 2 minggu) tidak dapat dinafikan yang saya memang rasa kepenatan dalam tempoh tersebut, tapi saya cuba untuk meningkatkan kecepatan kerja saya dan membiasakan dengan hal-hal di wad. dalam masa yang sama, saya rasa sedih dan kecewa kerana saya tidak dapat menyumbangkan apa-apa untuk islam, apa lagi menunujukkan contoh yang baik untuk islam… saya rasa sangat bersalah untuk islam.
pada hujung minggu ke-tiga, saya dipanggil oleh MO yang bertanggungjawab menguruskan HO dan doktor pakar… menurut mereka, saya masih tetap perlu tagging, tapi hanya jam kerja sahaja kerana untuk dilanjutkan sampai jam 10 mlm, saya akan berterusan kepenatan dan bekerja tidak efekitf. sampai hujungnya doktor pakar berkata; “it’s ok fathimah, u just go on your own pace, tell us when you are ready”. tidak mengapalah, jika memang ini terbaik untuk saya.  dalam masa yang sama, rasa malu juga ada, saya merasakan seolah-olah semua MO akan melihat saya sbagai HO yang bermasalah. hinggakan nurse juga bertanya, ‘doktor belum on-call lagi’ ataupun ‘doktor catat sejarah tagging lama’
suatu masa, saya berkesempatan berjumpa dengan Dr. maimunah… pakar OnG, Akhwat kita d melaka… yang juga pengerusi RS melaka. seorang yang tegas dan berterus-terang. beliau banyak juga menceritakan pengalaman beliau (yang personal… sgt byk utk ditaip di sini dan juga) menjaga HO. (nasib baik saya datang sebagai akhwat… jika saya berjumpa beliau sebagai HO… habislah saya… heee). menurut beliau, tagging adalah masa di mana sepatutnye masa untuk mempelajari semua manajemen kes-kes yang biasa di sesuatu bahagian dan mempelajari kes-kes emergency. di waktu tagginglah kita mencatat manajemen kes-kes tersebut… catat dari semua MO dan HO yang sudah senior. dan di situlah penilaian doktor senior terhadap MO. setelah perbualan dengan beliau, barulah saya tahu di mana kesilapan saya. saya kurang Planning untuk tempoh tagging, saya tidak tahu apa yang saya perlu expect dari tagging. moga ini dapat menjadi pengajaran buat akhwat lain yg bakal menjadi doktor. gunakan waktu tagging sebaiknya. di waktu tagging bertanyalah sebanyaknya  sebab taggers di angggap memang tidak tahu apa-apa, sebaliknya, jika sudah off-tag, nak bertanya, kita perlu bertanya dengan cara yang bijak supaya tidak kelihatan kita tidak tahu… (fikirlah bagaimana caranya)
akhirnya, setelah beberapa minggu berlalu, akhirnya MO memberitahukan kepada saya ‘ok fathimah, you can go on night shift starting december’ … alhamdulillah… (sebenarnya menakutkan utk night shift kerana kita akan menjaga wad seorang diri, tapi dengan night shiftt, saya akan dapat beristirehat keesokan harinya )
dengan bermulanya disember juga, kami memulakan sistem shift yang diperkenalkan oleh KKM. bagi saya, sistem ini bagus jika sesuatu bahagian mempunyai HO yang banyak… namun di miri, sangat jarang ada kemasukan baru… tidak ramai yang ingin ke miri. maka, kami memulakan sistem ini dengan jumlah HO yang sangat terbatas. untuk bahagian saya, 2 orang akan menjaga wad siang hari, 1 orang malam dan 1 lagi bercuti. bayangkan betapa risaunya perasaan saya… terutamanya pada awal disember saya menjaga wad pada siang hari. dengan kesedaran yang saya memerlukan waktu lebih untuk me’review’ pesakit pada pagi hari, saya mengambil inisiatif untuk  datang awal… biasanya jam 5 pagi saya akan memulakan tugas, berhenti solat subuh dan sambung kembali, target saya untuk menyelesaikan sebelum MO datang, biasanya jam  8 pagi.
saya berusaha yang terbaik untuk pesakit-pesakit di wad tersebut, tapi sangat mengecewakan saya apabila rakan sejawat saya biasanya datang sekitar jam 6 lebih atau hampir pukul 7 pg… dan akhirnya, saya terpaksa memeriksa pesakit lebih banyak supaya semua sudah di periksa sebelum MO datang. dalam satu wad, ada 4 kubikel (= bilik-bilik kecil) biasanya satu kubikel 8 orang pesakit. dan akibat dari sikap rakan saya, saya menjaga 3 kubikel, sedangkan dia menjaga 1… katanya dia menjaga kubikel pesakit yang berada dalam keadaan kritikal. saya sedih, sedangkan saya masih bermasalah, dan pernah saya mencadangkan supaya dia datang awal supaya dapat memeriksa pesakit di kubikel lain, tapi alasannya lebih mengecewakan lagi ‘ owh… the earliest I can come is at 6’ … innalillah wa inna ilaihi raji’un…. saya hanya mampu berdoa Allah memberika kekuatan pada saya. jika ikutkan hati, saya juga boleh datang lambat sedikit, tapi mengenangkan keadaan pesakit, saya perlu berikan yang terbaik untuk membantu proses penyembuhan mereka.  MO saya juga menyedari hal ini, beberapa kali juga dia ditegur supaya saling membantu… tapi…. entahlah.
sekarang saya ditugaskan untuk night-shift kemudian cuti, kemudian night shift lg dalam 1 minggu ini. lega saya rasa. mungkin juga dengan kerja keras saya, MO mula merasakan yang akhirnya saya dapat dipercayai. hinggakan satu hari mereka berkata pada saya ‘fathimah, you have improved, don’t feel inferior to other HO, actually now, you’re the best HO here!’ …. Alhamdulillah… mungkin juga dengan kelambatan saya, MO betul-betul mengajarkan pada saya satu- persatu… dan dengan itu saya dapat bimbingan yang betul, berbanding dengan yang lain, mereka hanya lepas begitu sahaja. wallahua’lam.
demikianlah sedikit sebanyak khabar dari miri. afwan entry banyak tentang kehidupan HO… tapi saya rasa ini perlu diceritakan supaya akhwat lain lebih banyak tahu tentang kehidupan kami dan dapat disharekan pada akhwat lain dan supaya mereka tidak melakukan kesilapan yang sama.
sudi-sudilah beri masukan pada saya.