Sunday 20 May 2012

khabar dari HKB

Assalamualaikum w.b.t

insya-Allah kali ini nk share pengalamn sahabat seperjuangan saya, yg kini berada di Kelantan. moga bermanfaat.

_____________________________________________________________

apa khabar adik2 semua? adik2 yg k.H rindui, yg selalu dalam ingatan..yang selalu bersemangat dalam melaksanakan amanah yang ada di bahu kita..

subhanallah...dah sebulan k.H sebagai HO, melaksanakan amanah Allah yang sangat besar ni. mmg terasa sgt2 amanah ni sgt besar, sangat berbeza dengan masa kita koas dulu.

k.H skrg kat department paeds, menjalani tagging selama 2 minggu. kat HRPZ II ni, kalau 1st poster mmg tagging 2 minggu, tp kalau dah byk posting, seminggu je. so, bermulalah 1st day k.H sebagai tagger yg mmg zero & xtahu apa2 pasal dunia perubatan kat malaysia ni.

sepanjang hari jumaat tu mmg xde masalah, k.H ambik langkah selamat dengan tgk je dulu org buat (jgn tiru cara ni ye). kat paeds ni mmg byk benda yg nk kena belajar, kalau nk ambik darah blh prick je, tu pun blh dari wrist ke bawah je, pastu cane nak ambik darah dari art line, cara nak ambik blood C & S, dan byk lagi lah. nak clerk pt pun satu hal, sbb sblm ni clerk pakai bhs indon (hu3), nak faham n ingt singkatan2 lg, nak faham cara boss lg, mcm2 la..

so, nak dijadikan cerita, malam tu k.H try la clerk satu pt seizure, yg ada under lying mcm2. lepas kita clerk, kita akan present dulu kat MO, n lepas tu baru boss. masa tu dah pukul 10 pm lebih, boss pun dah penat agaknya sbb ada 2 case complex seizure, n yg sorang lg tu dah masuk status epilepticus, fit xhenti2. 1st time nk present, bhs pun tergagap2 lg, last2 kena marah dgn specialist. ingt lg dia ckp "u're not competent to be a doctor".hu3. mmg shock la masa tu. tp senyap je la, dlm hati ni mmg nak nangis dah, tp tahan je sbb kalau nangis dpn specialist ada harapan nk extend.hu3. bila atas motor je, terus air mata turun mencurah2.

tp alhamdulillah, Allah kurniakan seseorang untuk xjemu2 bagi nasihat kpd k.H melalui zauj k.H. ingt lg dia ckp, syaitan akan selalu berusaha membisik2kan bisikan was2 ke dalam hati kita, benda tu akan selalu buat kita bersangka buruk dgn org lain, dan hati kita selalu penuh dgn perasaan2 yg akan buat hati kita jd resah, xtenang, dan lain2. MO atau boss yg marah kita ni, sbb kita ada buat kesalahan, kesalahan yg vital yg xblh nak tolerate, dia sedar kita ada buat salah, & dia nak betulkan kita. kita kena bersyukur sbb MO @ boss tu sedar yg kita ni ada buat salah.

sepanjang sebulan ni, nasihat ni mmg selalu berlegar2 dlm kepala k.H. byk TS yg selalu mengadu xsuka MO ni, xsuka boss ni, tkt dgn diorang, apa lagi yg kat medical n ortho. kita kena selalu berfikiran positif, kena selalu ceria..walaupun kdg2 dlm hidup kita, xsetiap hari yg kita jalani tu indah, xsemua yg kita lalui tu menggembirakan kita. apa yg Allah bg kat kita, adalah untuk mengajar kita mcm mana nak jd seorang doktor yg baik, yg safe, & yg plg ptg, yg bawa imej islam tu sendiri. energy positive tu akan selalu buat kita untuk jd bersemangat, bukan setakat kita, tp juga HO2 yg lain.

pesan k.H, sblm terlambat, kutip2 la ilmu betul2, cycle2 yg dah lepas tu, jgn tinggalkan mcm tu, kalau x, mmg kita akan meraba2 masa HO nnt. doakan k.H, dalam HO & dalam dakwah ni. HO ni mmg buat kita rasa mcm nk tinggalkan@rest sekejap dari dakwah. dah byk kali k.H skip usrah @ dauroh.hu3. semoga Allah sentiasa memelihara kita, dalam kasih sayang-Nya, dalam rahmat-Nya, dalam cinta-Nya kepada kita....love u all... wassalam..

Sunday 1 April 2012

Maruahku

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah sudah 1 bulan lebih berlalu di Jabatan Pembedahan. Banyak yang telah saya lalui dalam masa 1 bulan ini. Ingin saya khabarkan pada semua perjalanan saya mempertahankan maruah saya... aurat saya.

Sebelum saya memasuki jabatan Pembedahan, sempat saya terfikir bagaimanakah pemakaian tudung di OT (= Operating theater @ dewan pembedahan). maka dari situ, bermulalah perjalanan saya mencari tahu dari teman-teman sejawat saya.

Kebanyakannya hanya sekadar memakai OT cap (yang seperti shower cap) dengan alasan 'tidak ada yang memakai tudung di OT' ... tambah panic saya dibuatnya. kemudian Alhamdulillah ada HO yang baru sampai dan mempunyai pemahaman Islam yg baik, maka kerap kami membincangkan isu ini... menurut beliau, di semenanjung tudung OT disediakan di hospital-hospital (beliau pernah praktikal di salah sebuah hospital di semenanjung Malaysia).


                                           Tudung OT



                            (pictures credited to SISTERS UNITED [http://sistersunited00.blogspot.com/] )

kemudian saya cuba menanyakan lagi pada HO yang sudah senior yang telah menjalani HO di Jabatan Bedah, meurut beliau... kadang-kadang beliau tidak mempedulikan kritikan staf di OT dan mengenakan tudung beliau.

maka, saya khabarkan hal tersebut pada teman HO yg baru tadi dan beliau cuba berbuat demikian... namun, alangkah sedihnya saya apabila mendapat tahu beliau dimarahi kerana memakai tudung... Astaghfirullahal adzim.... :(

sedih... sangat sedih apabila teman kita dimarahi kerana mempertahankan kebenaran.... tambah sedih lagi kerana kami tidak dapat mempertahankan maruah kami meskipun berada di negara yang majority muslim. waktu itu, sempat juga saya terfikir ' mungkin mereka tidak peduli kerana hakikatnya di sini muslim bukanlah majoriti'.

akhirnya, setelah berbincang dengan naqibah dan akhwat yang lain, akhirnya saya membuat keputusan untuk berjumpa dengan pengarah hospital untuk membincangkan isu ini dan saya menggunakan sisa cuti saya untuk menyelesaikan hal ini.

Alhamdulillah pengarah sudi sudi meluangkan waktu untuk membincangkan hal ini dan cuba memahami keadaan kami. setelah beliau menyelidiki dari staf- staf OT, saya diberi kesempatan untuk berjumpa dengan beliau untuk mengikuti isu ini. Alhamdulillah kami di benarkan memakai tudung.... dan tudung OT disediakan untuk kami muslimat. Hinggakan beliau membuat notis memberitahukan kebenaran memakai tudung di OT.




Alhamdulillah sekarang semakin ramai muslimat memakai tudung tidak kira HO atau nurse.
semoga secebis perjuangan ini menjadi saksi usaha saya menegakkan deen ini... dan menjadi kafarah dosa-dosa saya.

salam perjuangan buat akhwat di luar sana dalam menegakkan Islam di bidang masing-masing.

wallahua'alam.

Thursday 1 March 2012

sepucuk surat

assalamuaaikum w.b.t

Alhamdulillah Allah memberi kesempatan pada kita lagi untuk bertemu di alam maya ini.

sekadar ingin berkongsi berita tentang keberadaan saya di bumi kenyalang ini. Alhamdulillah sudah banyak perkara yang saya dapat sesuaikan diri....( dan Alhamdulillah kemahiran memandu saya pon bertambah baik!!!..... kereta manual tau ^_^  )

'putra' yang setia menemaniku ke mana sahaja...
di perkarangan RI kami... RZ = raudhatuzzahra


berbalik kepada 'entry' kali ini....

ingin saya sampaikan pada semua bahawa saya telah berjaya melalui 'posting medical'... Alhamdulillah.... syukur dan puji hanya layak untuk Allah.

berbagai kisah suka dan duka telah saya alami sepanjang tempoh 4 bulan ini.

antaranya adalah..................................................................................................................






ahli keluarga salah seorang dari pesakit saya telah menghantar surat aduan... kepada pengarah hospital, ditujukan kepada bahagian saya dan secara khusus meyatakan nama saya di dalam surat tersebut sebanyak 5 kali!

walaupun di dalam surat mereka menyatakan ketidakpuasan terhadap sistem wad, staf yg 'tidak' senyum, wad yang terlalu sesak... tapi penekanan terhadap nama saya sebanyak 5 kali dan ditulis dalam huruf besar cukup menggambarkan bahawa aduan tersebut terutama terhadap saya... wallahua'lam.

alkisahnya.... seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini, waktu kami mula untuk cuba menerapkan sistem syif, kami telah di tetapkan bahawa hanya ada 2 orang housemen yang bertanggungjawab menjaga seluruh wad... maka dengan itu, beban kerja saya bertambah... dan ditambah lagi dengan sikap teman sejawat saya yang hanya membiarkan saya menjaga 2/3 dari jumlah pesakit di wad tersebut.

jadi, dalam kesibukan tersebut.... mungkin ahli keluarga dari pesakit tersebut telah menyapa saya dan saya tidak menyedari hal tersebut.... maka, mereka menganggap saya tidak mempeduikan mereka.... wallahua'lam. mungkin disebabkan tanggapan itu, mereka tidak mahu bercakap dengan saya sewaktu saya memeriksa pesakit saya tersebut... haiissshhh...... padahal baru sahaja doktor senior saya (MO = medical officer)  memberitahu bahawa kerja saya cukup memuaskan.

setelah berbincang dengan ketua jabatan saya, saya diminta untuk menulis surat jawapan... (lebih kepada menjelaskan diri) dan menjelaskan diri saya kepada timbalan pengarah kerana beliau yang menguruskan kes-kes seperti ini. pada akhir pertemuan saya dengan timbalan pengarah, beliau menyatakan yang beliau cukup memahami kesibukan kerja doktor di wad dan kesesakan keadaan di wad. beliau juga menasihati saya supaya 'lebih waspada' terhadap keadaan sekitar.

jadi demikianlah kisah saya kali. 'afwan jika entry kali ini kurang memberi masukan kepada pembaca... hanya sekadar kisah nyata yang saya alami ... moga dapat dijadikan iktibar. hakikatnya, jika bekerja di bidang pelayanan (services) banyak hal yang perlu diperhatikan. 

wwallahua'alm






Thursday 22 December 2011

KHABAR DARI MIRI


Assalamualaikum w.b.t
setelah 2 bulan lebih di sini, baru saya relatively stable n dapat menaip dengan lebih detail apa yg terjadi pada saya di sini. mohon maaf pada akhwat2 lain yg bertanya khabar saya sebelumnya dan saya hanya dapat menjawab secara ringkas sahaja.
mungkin entry kali ini lebih panjang dan saya mohon pandangan dari akhwat lain dan mengalu-alukan input dari kalian esp dari HO atau doktor lain.
pada dasarnya saya adalah seorang yang lambat dan kebanyakan masa saya akan habiskan banyak masa pada sesuatu perkara kerana saya akan meneliti satu persatu… inilah kelemahan saya dan kadang2 menjadi kebaikan untuk saya. apabila diberitahu penempatan pertama saya di bahagian medical, saya terpana, tidak terkata apa-apa… medical adalah bahagian yang menguruskan penyakit-penyakit pada orang dewasa seperti sakit jantung, buah pinggang, batuk-batuk lama, kencing manis, tekanan darah tinggi dan sebagainya. pada kebiasaanya bahagian ini banyak pesakit dan memerlukan kecepatan yg sgt tinggi di samping ketelitian.
jadi, bermulalah episod baru dalam hidup saya sebagai seorang HO. episod pertama adalah tagging (=orientasi) dengan kecepatan saya seperti ini dan kelambatan saya untuk pick-up MO merasakan saya masih tidak berkemampuan untuk on-call (jaga satu wad seorang diri pada malam hari dan menangani kes-kes yang berat sendirian), jadi mereka memutuskan untuk saya menjalani tempoh tagging untuk satu minggu lagi. (di waktu tagging, datang pagi, balik 10 malam sepanjang 2 minggu) tidak dapat dinafikan yang saya memang rasa kepenatan dalam tempoh tersebut, tapi saya cuba untuk meningkatkan kecepatan kerja saya dan membiasakan dengan hal-hal di wad. dalam masa yang sama, saya rasa sedih dan kecewa kerana saya tidak dapat menyumbangkan apa-apa untuk islam, apa lagi menunujukkan contoh yang baik untuk islam… saya rasa sangat bersalah untuk islam.
pada hujung minggu ke-tiga, saya dipanggil oleh MO yang bertanggungjawab menguruskan HO dan doktor pakar… menurut mereka, saya masih tetap perlu tagging, tapi hanya jam kerja sahaja kerana untuk dilanjutkan sampai jam 10 mlm, saya akan berterusan kepenatan dan bekerja tidak efekitf. sampai hujungnya doktor pakar berkata; “it’s ok fathimah, u just go on your own pace, tell us when you are ready”. tidak mengapalah, jika memang ini terbaik untuk saya.  dalam masa yang sama, rasa malu juga ada, saya merasakan seolah-olah semua MO akan melihat saya sbagai HO yang bermasalah. hinggakan nurse juga bertanya, ‘doktor belum on-call lagi’ ataupun ‘doktor catat sejarah tagging lama’
suatu masa, saya berkesempatan berjumpa dengan Dr. maimunah… pakar OnG, Akhwat kita d melaka… yang juga pengerusi RS melaka. seorang yang tegas dan berterus-terang. beliau banyak juga menceritakan pengalaman beliau (yang personal… sgt byk utk ditaip di sini dan juga) menjaga HO. (nasib baik saya datang sebagai akhwat… jika saya berjumpa beliau sebagai HO… habislah saya… heee). menurut beliau, tagging adalah masa di mana sepatutnye masa untuk mempelajari semua manajemen kes-kes yang biasa di sesuatu bahagian dan mempelajari kes-kes emergency. di waktu tagginglah kita mencatat manajemen kes-kes tersebut… catat dari semua MO dan HO yang sudah senior. dan di situlah penilaian doktor senior terhadap MO. setelah perbualan dengan beliau, barulah saya tahu di mana kesilapan saya. saya kurang Planning untuk tempoh tagging, saya tidak tahu apa yang saya perlu expect dari tagging. moga ini dapat menjadi pengajaran buat akhwat lain yg bakal menjadi doktor. gunakan waktu tagging sebaiknya. di waktu tagging bertanyalah sebanyaknya  sebab taggers di angggap memang tidak tahu apa-apa, sebaliknya, jika sudah off-tag, nak bertanya, kita perlu bertanya dengan cara yang bijak supaya tidak kelihatan kita tidak tahu… (fikirlah bagaimana caranya)
akhirnya, setelah beberapa minggu berlalu, akhirnya MO memberitahukan kepada saya ‘ok fathimah, you can go on night shift starting december’ … alhamdulillah… (sebenarnya menakutkan utk night shift kerana kita akan menjaga wad seorang diri, tapi dengan night shiftt, saya akan dapat beristirehat keesokan harinya )
dengan bermulanya disember juga, kami memulakan sistem shift yang diperkenalkan oleh KKM. bagi saya, sistem ini bagus jika sesuatu bahagian mempunyai HO yang banyak… namun di miri, sangat jarang ada kemasukan baru… tidak ramai yang ingin ke miri. maka, kami memulakan sistem ini dengan jumlah HO yang sangat terbatas. untuk bahagian saya, 2 orang akan menjaga wad siang hari, 1 orang malam dan 1 lagi bercuti. bayangkan betapa risaunya perasaan saya… terutamanya pada awal disember saya menjaga wad pada siang hari. dengan kesedaran yang saya memerlukan waktu lebih untuk me’review’ pesakit pada pagi hari, saya mengambil inisiatif untuk  datang awal… biasanya jam 5 pagi saya akan memulakan tugas, berhenti solat subuh dan sambung kembali, target saya untuk menyelesaikan sebelum MO datang, biasanya jam  8 pagi.
saya berusaha yang terbaik untuk pesakit-pesakit di wad tersebut, tapi sangat mengecewakan saya apabila rakan sejawat saya biasanya datang sekitar jam 6 lebih atau hampir pukul 7 pg… dan akhirnya, saya terpaksa memeriksa pesakit lebih banyak supaya semua sudah di periksa sebelum MO datang. dalam satu wad, ada 4 kubikel (= bilik-bilik kecil) biasanya satu kubikel 8 orang pesakit. dan akibat dari sikap rakan saya, saya menjaga 3 kubikel, sedangkan dia menjaga 1… katanya dia menjaga kubikel pesakit yang berada dalam keadaan kritikal. saya sedih, sedangkan saya masih bermasalah, dan pernah saya mencadangkan supaya dia datang awal supaya dapat memeriksa pesakit di kubikel lain, tapi alasannya lebih mengecewakan lagi ‘ owh… the earliest I can come is at 6’ … innalillah wa inna ilaihi raji’un…. saya hanya mampu berdoa Allah memberika kekuatan pada saya. jika ikutkan hati, saya juga boleh datang lambat sedikit, tapi mengenangkan keadaan pesakit, saya perlu berikan yang terbaik untuk membantu proses penyembuhan mereka.  MO saya juga menyedari hal ini, beberapa kali juga dia ditegur supaya saling membantu… tapi…. entahlah.
sekarang saya ditugaskan untuk night-shift kemudian cuti, kemudian night shift lg dalam 1 minggu ini. lega saya rasa. mungkin juga dengan kerja keras saya, MO mula merasakan yang akhirnya saya dapat dipercayai. hinggakan satu hari mereka berkata pada saya ‘fathimah, you have improved, don’t feel inferior to other HO, actually now, you’re the best HO here!’ …. Alhamdulillah… mungkin juga dengan kelambatan saya, MO betul-betul mengajarkan pada saya satu- persatu… dan dengan itu saya dapat bimbingan yang betul, berbanding dengan yang lain, mereka hanya lepas begitu sahaja. wallahua’lam.
demikianlah sedikit sebanyak khabar dari miri. afwan entry banyak tentang kehidupan HO… tapi saya rasa ini perlu diceritakan supaya akhwat lain lebih banyak tahu tentang kehidupan kami dan dapat disharekan pada akhwat lain dan supaya mereka tidak melakukan kesilapan yang sama.
sudi-sudilah beri masukan pada saya.  

Sunday 20 November 2011

Koas Vs Dokter

Assalamualaikum w.b.t ...

maaf telah sekian lama saya tidak berkesempatan mengemaskini blog ini. setelah LIMA minggu mula bekerja, baru hari ini saya dapat cuti hujung minggu... Alhamdulillah. Terasa lega dapat pergi jauh dari kawasan hospital dan bermalam bersama akhwat di sini.

komen saya?

sungguh kasihan melihat sistem dan budaya kerja di sini yang memeras dan menguras setiap tenaga yang ada pada kita. kadang-kadang membuuat saya terfikir... tidak ada cara lain lagikah untuk sistem kesihatan kita berfungsi?

mungkin di kesempatan ini saya dapat kongsikan bersama perbedaan sistem di indonesia dan di malaysia dan perbezaan antr koas dan housemen.

secara singkat, perbezaan tersebut terletak pada tanggungjawab yang semakin bertambah di bahu kita... kita sudah menjadi doktor (betul-betul jadi doktor), jadi kita bertanggungjawab sepenuhnya pada pesakit kita... dan saya betul-betul maksudkan SEPENUHNYA! baik dari ambil sampel darah (kadang-kadang... well... most of the time... hantar sendiri sampel darah tu ke lab) rujuk ke doktor bahagian lain, dan merancang rawatan pesakit tersebut... hohoho... akhirnye barulah saya tahu maksud TS saya yang mula bekerja lebih awal dari saya... waktu saya baru dapat tawaran, beliau berkata 'koas tu sikit je'...

terus terang saya katakan, memang saya memakan masa lebih untuk meyesuaikan diri saya terhadap tanggungjawab dan beban kerja yang bertambah ini. mungkin dulu waktu bergelar koas, darah pegawai lab atau perawat yang ambil, rujuk pasien pon perawat yang buat... mereka tinggal maklumkan sahaja ' dok, di sini ada pasien ya' ... rawatan untuk pesakit... kan udah ada spesialis... klo kita memandai tambah 'plan' ... pasti akan dimarahi! pinter2 kamu aja nambahin! ... begitulah.... jurang pemisah antara dulu dan sekarang... antara koas dan doktor.

perbezaan bahasa... rasanya sudah ramai yang maklum, jadi saya tidak perlu komen lg. hanya cadangan saya, cuba-cubalah mula bekerja lambat sedikit supaya dapat 'study' sedikit contoh2 status di sini... mana yang berminat, bolehlah e-mail ke saya untuk mendapatkan nota dan cth status yg diguna pakai di sini.

kasihan sungguh melihat saudara seaqidahku... alangkah ruginya jika mereka tidak memahami tujuan hidup ini dan peranan mereka. seringkali keluhan yang saya dengar adalah 'tiada "life" ' .... begitulah sedikit coretan saya untuk kali ini...

teruskanlah perjuangan antum di sana... jalan kita masih panjang terbentang di hadapan.

wallahua'lam

Monday 17 October 2011

INDUKSI

Alhamdulillah setelah beberapa ketika menunggu akhirnya surat pelantikan jawatan telah sampai ke rumah… dan bermulalah kehidupanku di alam realiti sebenar - realiti di mana kita akan berada betul-betul dikalangan masyarakat (masyarakat yang memerlukan bantuan… masyarakat yang sedang sakit tapi tidak merasakan yang demikian… masyarakat yang akan melarutkan kita jika kita tidak berjaya memengaruhinya)

Tapi begitulah dai’e… (harusnya) menyeru masyarakat di setiap lapisan. Menyingkap tiap potensi yang wujud di tiap ketika….

berbalik pada topik kali ini, induksi adalah kursus yang mengumpulkan semua doktor yang baru selesai belajar dan memberikan gambaran sedikit sebanyak apa yang terbentang di hadapan mereka (dari sudut kerjaya dan perkembangannya) dan lebih ditekankan dari sudut doktor sebagai pegawai perkhidmatan awam.


… dan di kursus induksi jugalah kita akan tahu penempatan kita di mana… MEDAN kita SEBENAR dan dalam JANGKA masa yang PANJANG kita di mana. Jadi, bersedialah! ISLAM menaruh harapan padamu (dan padaku.. huuuu… takoot)

bagaiman pula saya? saya ditawarkan hospital miri sebagai penempatan pertama…


doakan saya.

Thursday 22 September 2011

TEMU ---> DUGA

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah saya telah lulus temuduga saya dengan pihak SPA  ^_^ ( jadi baru boleh saya tulis entry ini)

Jika mengenang kembali reaksi orang sekelilling apabila diberitahukan bahawa saya akan menghadiri sesi temuduga, berbagai tanggapan yang saya perolehi.

Ada yang menyatakankan temuduga hanyalah sekadar ‘formalitas’ dan tidak perlu dirisaukan sangat (walaupun belakangan ini sudah 2-3 kes saya dengar ada yang tidak lulus.. huuu ‘~ ’)

Namun ada juga yang memberikan tips dan menyatakan temuduga itu tidak mudah… ada pelbagai cara panel temuduga untuk menduga kita… topik-topik yang ‘wajib’ dipelajari dan sebagainya…(dan pembaca mungkin juga menerima tips-tips yang serupa…. biasanya dari pegawai- pegawai dari sektor kerajaanlah kerana sudah dibiasakan dengan hal-hal begini)

Walaubagaimanapun, ada satu (sebenarnya beberapa) peristiwa yang meninggalkan bekas di hati saya dalam episod ini. Dari sekian banyak tips temuduga yang saya perolehi, ada yang memberikan komentar tentang penampilan saya dihadapan panel temuduga kelak.

menurut ‘mereka’ penampilan saya menggambarkan bahawa saya seorang penentang dan degil (adakah kerana saya menentang arus fesyen?... adakah kerana saya ‘degil’ untuk bertahan kekal berpakaian sesuai syara’?)
                                                                                                                orang- orang degil?

Sempat juga saya ditegur sebagai ‘extreme’ kerana memakai sarung lengan (= handsock… betul ke?)
                                                                                                                       simbol ekstreme?

haish…

reaksi saya?

sedikit rasa kecewa ada… rasa simpati pada mereka juga ada… hhhmmmm….. moga Allah memberi kefahaman pada mereka suatu hari nanti… dan moga hari itu bertambah dekat.

buat mereka yang ingin tahu apakah soalan temuduga saya, di bawah sudah saya senaraikannya;

1. Perkenalkan diri anda

2. Apakah perbezaan sistem di Indonesia… kamu lebih menyukai yang mana? 

    Apakah pendapat kamu dalam menangani kekurangan sistem di Malaysia.

3. Siapakah pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia.

4. Apakah kaitan antara ‘rakyat diutamakan, pencapaian didahulukan’ dengan misi, visi KKM

5. Ada soalam yang kamu ingin bertanya?

selamat bertemuduga untuk yang berkenaan! yang penting… PeDe! ^^
wallahua’lam