Thursday 22 September 2011

TEMU ---> DUGA

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah saya telah lulus temuduga saya dengan pihak SPA  ^_^ ( jadi baru boleh saya tulis entry ini)

Jika mengenang kembali reaksi orang sekelilling apabila diberitahukan bahawa saya akan menghadiri sesi temuduga, berbagai tanggapan yang saya perolehi.

Ada yang menyatakankan temuduga hanyalah sekadar ‘formalitas’ dan tidak perlu dirisaukan sangat (walaupun belakangan ini sudah 2-3 kes saya dengar ada yang tidak lulus.. huuu ‘~ ’)

Namun ada juga yang memberikan tips dan menyatakan temuduga itu tidak mudah… ada pelbagai cara panel temuduga untuk menduga kita… topik-topik yang ‘wajib’ dipelajari dan sebagainya…(dan pembaca mungkin juga menerima tips-tips yang serupa…. biasanya dari pegawai- pegawai dari sektor kerajaanlah kerana sudah dibiasakan dengan hal-hal begini)

Walaubagaimanapun, ada satu (sebenarnya beberapa) peristiwa yang meninggalkan bekas di hati saya dalam episod ini. Dari sekian banyak tips temuduga yang saya perolehi, ada yang memberikan komentar tentang penampilan saya dihadapan panel temuduga kelak.

menurut ‘mereka’ penampilan saya menggambarkan bahawa saya seorang penentang dan degil (adakah kerana saya menentang arus fesyen?... adakah kerana saya ‘degil’ untuk bertahan kekal berpakaian sesuai syara’?)
                                                                                                                orang- orang degil?

Sempat juga saya ditegur sebagai ‘extreme’ kerana memakai sarung lengan (= handsock… betul ke?)
                                                                                                                       simbol ekstreme?

haish…

reaksi saya?

sedikit rasa kecewa ada… rasa simpati pada mereka juga ada… hhhmmmm….. moga Allah memberi kefahaman pada mereka suatu hari nanti… dan moga hari itu bertambah dekat.

buat mereka yang ingin tahu apakah soalan temuduga saya, di bawah sudah saya senaraikannya;

1. Perkenalkan diri anda

2. Apakah perbezaan sistem di Indonesia… kamu lebih menyukai yang mana? 

    Apakah pendapat kamu dalam menangani kekurangan sistem di Malaysia.

3. Siapakah pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia.

4. Apakah kaitan antara ‘rakyat diutamakan, pencapaian didahulukan’ dengan misi, visi KKM

5. Ada soalam yang kamu ingin bertanya?

selamat bertemuduga untuk yang berkenaan! yang penting… PeDe! ^^
wallahua’lam


No comments:

Post a Comment