Thursday 22 December 2011

KHABAR DARI MIRI


Assalamualaikum w.b.t
setelah 2 bulan lebih di sini, baru saya relatively stable n dapat menaip dengan lebih detail apa yg terjadi pada saya di sini. mohon maaf pada akhwat2 lain yg bertanya khabar saya sebelumnya dan saya hanya dapat menjawab secara ringkas sahaja.
mungkin entry kali ini lebih panjang dan saya mohon pandangan dari akhwat lain dan mengalu-alukan input dari kalian esp dari HO atau doktor lain.
pada dasarnya saya adalah seorang yang lambat dan kebanyakan masa saya akan habiskan banyak masa pada sesuatu perkara kerana saya akan meneliti satu persatu… inilah kelemahan saya dan kadang2 menjadi kebaikan untuk saya. apabila diberitahu penempatan pertama saya di bahagian medical, saya terpana, tidak terkata apa-apa… medical adalah bahagian yang menguruskan penyakit-penyakit pada orang dewasa seperti sakit jantung, buah pinggang, batuk-batuk lama, kencing manis, tekanan darah tinggi dan sebagainya. pada kebiasaanya bahagian ini banyak pesakit dan memerlukan kecepatan yg sgt tinggi di samping ketelitian.
jadi, bermulalah episod baru dalam hidup saya sebagai seorang HO. episod pertama adalah tagging (=orientasi) dengan kecepatan saya seperti ini dan kelambatan saya untuk pick-up MO merasakan saya masih tidak berkemampuan untuk on-call (jaga satu wad seorang diri pada malam hari dan menangani kes-kes yang berat sendirian), jadi mereka memutuskan untuk saya menjalani tempoh tagging untuk satu minggu lagi. (di waktu tagging, datang pagi, balik 10 malam sepanjang 2 minggu) tidak dapat dinafikan yang saya memang rasa kepenatan dalam tempoh tersebut, tapi saya cuba untuk meningkatkan kecepatan kerja saya dan membiasakan dengan hal-hal di wad. dalam masa yang sama, saya rasa sedih dan kecewa kerana saya tidak dapat menyumbangkan apa-apa untuk islam, apa lagi menunujukkan contoh yang baik untuk islam… saya rasa sangat bersalah untuk islam.
pada hujung minggu ke-tiga, saya dipanggil oleh MO yang bertanggungjawab menguruskan HO dan doktor pakar… menurut mereka, saya masih tetap perlu tagging, tapi hanya jam kerja sahaja kerana untuk dilanjutkan sampai jam 10 mlm, saya akan berterusan kepenatan dan bekerja tidak efekitf. sampai hujungnya doktor pakar berkata; “it’s ok fathimah, u just go on your own pace, tell us when you are ready”. tidak mengapalah, jika memang ini terbaik untuk saya.  dalam masa yang sama, rasa malu juga ada, saya merasakan seolah-olah semua MO akan melihat saya sbagai HO yang bermasalah. hinggakan nurse juga bertanya, ‘doktor belum on-call lagi’ ataupun ‘doktor catat sejarah tagging lama’
suatu masa, saya berkesempatan berjumpa dengan Dr. maimunah… pakar OnG, Akhwat kita d melaka… yang juga pengerusi RS melaka. seorang yang tegas dan berterus-terang. beliau banyak juga menceritakan pengalaman beliau (yang personal… sgt byk utk ditaip di sini dan juga) menjaga HO. (nasib baik saya datang sebagai akhwat… jika saya berjumpa beliau sebagai HO… habislah saya… heee). menurut beliau, tagging adalah masa di mana sepatutnye masa untuk mempelajari semua manajemen kes-kes yang biasa di sesuatu bahagian dan mempelajari kes-kes emergency. di waktu tagginglah kita mencatat manajemen kes-kes tersebut… catat dari semua MO dan HO yang sudah senior. dan di situlah penilaian doktor senior terhadap MO. setelah perbualan dengan beliau, barulah saya tahu di mana kesilapan saya. saya kurang Planning untuk tempoh tagging, saya tidak tahu apa yang saya perlu expect dari tagging. moga ini dapat menjadi pengajaran buat akhwat lain yg bakal menjadi doktor. gunakan waktu tagging sebaiknya. di waktu tagging bertanyalah sebanyaknya  sebab taggers di angggap memang tidak tahu apa-apa, sebaliknya, jika sudah off-tag, nak bertanya, kita perlu bertanya dengan cara yang bijak supaya tidak kelihatan kita tidak tahu… (fikirlah bagaimana caranya)
akhirnya, setelah beberapa minggu berlalu, akhirnya MO memberitahukan kepada saya ‘ok fathimah, you can go on night shift starting december’ … alhamdulillah… (sebenarnya menakutkan utk night shift kerana kita akan menjaga wad seorang diri, tapi dengan night shiftt, saya akan dapat beristirehat keesokan harinya )
dengan bermulanya disember juga, kami memulakan sistem shift yang diperkenalkan oleh KKM. bagi saya, sistem ini bagus jika sesuatu bahagian mempunyai HO yang banyak… namun di miri, sangat jarang ada kemasukan baru… tidak ramai yang ingin ke miri. maka, kami memulakan sistem ini dengan jumlah HO yang sangat terbatas. untuk bahagian saya, 2 orang akan menjaga wad siang hari, 1 orang malam dan 1 lagi bercuti. bayangkan betapa risaunya perasaan saya… terutamanya pada awal disember saya menjaga wad pada siang hari. dengan kesedaran yang saya memerlukan waktu lebih untuk me’review’ pesakit pada pagi hari, saya mengambil inisiatif untuk  datang awal… biasanya jam 5 pagi saya akan memulakan tugas, berhenti solat subuh dan sambung kembali, target saya untuk menyelesaikan sebelum MO datang, biasanya jam  8 pagi.
saya berusaha yang terbaik untuk pesakit-pesakit di wad tersebut, tapi sangat mengecewakan saya apabila rakan sejawat saya biasanya datang sekitar jam 6 lebih atau hampir pukul 7 pg… dan akhirnya, saya terpaksa memeriksa pesakit lebih banyak supaya semua sudah di periksa sebelum MO datang. dalam satu wad, ada 4 kubikel (= bilik-bilik kecil) biasanya satu kubikel 8 orang pesakit. dan akibat dari sikap rakan saya, saya menjaga 3 kubikel, sedangkan dia menjaga 1… katanya dia menjaga kubikel pesakit yang berada dalam keadaan kritikal. saya sedih, sedangkan saya masih bermasalah, dan pernah saya mencadangkan supaya dia datang awal supaya dapat memeriksa pesakit di kubikel lain, tapi alasannya lebih mengecewakan lagi ‘ owh… the earliest I can come is at 6’ … innalillah wa inna ilaihi raji’un…. saya hanya mampu berdoa Allah memberika kekuatan pada saya. jika ikutkan hati, saya juga boleh datang lambat sedikit, tapi mengenangkan keadaan pesakit, saya perlu berikan yang terbaik untuk membantu proses penyembuhan mereka.  MO saya juga menyedari hal ini, beberapa kali juga dia ditegur supaya saling membantu… tapi…. entahlah.
sekarang saya ditugaskan untuk night-shift kemudian cuti, kemudian night shift lg dalam 1 minggu ini. lega saya rasa. mungkin juga dengan kerja keras saya, MO mula merasakan yang akhirnya saya dapat dipercayai. hinggakan satu hari mereka berkata pada saya ‘fathimah, you have improved, don’t feel inferior to other HO, actually now, you’re the best HO here!’ …. Alhamdulillah… mungkin juga dengan kelambatan saya, MO betul-betul mengajarkan pada saya satu- persatu… dan dengan itu saya dapat bimbingan yang betul, berbanding dengan yang lain, mereka hanya lepas begitu sahaja. wallahua’lam.
demikianlah sedikit sebanyak khabar dari miri. afwan entry banyak tentang kehidupan HO… tapi saya rasa ini perlu diceritakan supaya akhwat lain lebih banyak tahu tentang kehidupan kami dan dapat disharekan pada akhwat lain dan supaya mereka tidak melakukan kesilapan yang sama.
sudi-sudilah beri masukan pada saya.  

Sunday 20 November 2011

Koas Vs Dokter

Assalamualaikum w.b.t ...

maaf telah sekian lama saya tidak berkesempatan mengemaskini blog ini. setelah LIMA minggu mula bekerja, baru hari ini saya dapat cuti hujung minggu... Alhamdulillah. Terasa lega dapat pergi jauh dari kawasan hospital dan bermalam bersama akhwat di sini.

komen saya?

sungguh kasihan melihat sistem dan budaya kerja di sini yang memeras dan menguras setiap tenaga yang ada pada kita. kadang-kadang membuuat saya terfikir... tidak ada cara lain lagikah untuk sistem kesihatan kita berfungsi?

mungkin di kesempatan ini saya dapat kongsikan bersama perbedaan sistem di indonesia dan di malaysia dan perbezaan antr koas dan housemen.

secara singkat, perbezaan tersebut terletak pada tanggungjawab yang semakin bertambah di bahu kita... kita sudah menjadi doktor (betul-betul jadi doktor), jadi kita bertanggungjawab sepenuhnya pada pesakit kita... dan saya betul-betul maksudkan SEPENUHNYA! baik dari ambil sampel darah (kadang-kadang... well... most of the time... hantar sendiri sampel darah tu ke lab) rujuk ke doktor bahagian lain, dan merancang rawatan pesakit tersebut... hohoho... akhirnye barulah saya tahu maksud TS saya yang mula bekerja lebih awal dari saya... waktu saya baru dapat tawaran, beliau berkata 'koas tu sikit je'...

terus terang saya katakan, memang saya memakan masa lebih untuk meyesuaikan diri saya terhadap tanggungjawab dan beban kerja yang bertambah ini. mungkin dulu waktu bergelar koas, darah pegawai lab atau perawat yang ambil, rujuk pasien pon perawat yang buat... mereka tinggal maklumkan sahaja ' dok, di sini ada pasien ya' ... rawatan untuk pesakit... kan udah ada spesialis... klo kita memandai tambah 'plan' ... pasti akan dimarahi! pinter2 kamu aja nambahin! ... begitulah.... jurang pemisah antara dulu dan sekarang... antara koas dan doktor.

perbezaan bahasa... rasanya sudah ramai yang maklum, jadi saya tidak perlu komen lg. hanya cadangan saya, cuba-cubalah mula bekerja lambat sedikit supaya dapat 'study' sedikit contoh2 status di sini... mana yang berminat, bolehlah e-mail ke saya untuk mendapatkan nota dan cth status yg diguna pakai di sini.

kasihan sungguh melihat saudara seaqidahku... alangkah ruginya jika mereka tidak memahami tujuan hidup ini dan peranan mereka. seringkali keluhan yang saya dengar adalah 'tiada "life" ' .... begitulah sedikit coretan saya untuk kali ini...

teruskanlah perjuangan antum di sana... jalan kita masih panjang terbentang di hadapan.

wallahua'lam

Monday 17 October 2011

INDUKSI

Alhamdulillah setelah beberapa ketika menunggu akhirnya surat pelantikan jawatan telah sampai ke rumah… dan bermulalah kehidupanku di alam realiti sebenar - realiti di mana kita akan berada betul-betul dikalangan masyarakat (masyarakat yang memerlukan bantuan… masyarakat yang sedang sakit tapi tidak merasakan yang demikian… masyarakat yang akan melarutkan kita jika kita tidak berjaya memengaruhinya)

Tapi begitulah dai’e… (harusnya) menyeru masyarakat di setiap lapisan. Menyingkap tiap potensi yang wujud di tiap ketika….

berbalik pada topik kali ini, induksi adalah kursus yang mengumpulkan semua doktor yang baru selesai belajar dan memberikan gambaran sedikit sebanyak apa yang terbentang di hadapan mereka (dari sudut kerjaya dan perkembangannya) dan lebih ditekankan dari sudut doktor sebagai pegawai perkhidmatan awam.


… dan di kursus induksi jugalah kita akan tahu penempatan kita di mana… MEDAN kita SEBENAR dan dalam JANGKA masa yang PANJANG kita di mana. Jadi, bersedialah! ISLAM menaruh harapan padamu (dan padaku.. huuuu… takoot)

bagaiman pula saya? saya ditawarkan hospital miri sebagai penempatan pertama…


doakan saya.

Thursday 22 September 2011

TEMU ---> DUGA

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah saya telah lulus temuduga saya dengan pihak SPA  ^_^ ( jadi baru boleh saya tulis entry ini)

Jika mengenang kembali reaksi orang sekelilling apabila diberitahukan bahawa saya akan menghadiri sesi temuduga, berbagai tanggapan yang saya perolehi.

Ada yang menyatakankan temuduga hanyalah sekadar ‘formalitas’ dan tidak perlu dirisaukan sangat (walaupun belakangan ini sudah 2-3 kes saya dengar ada yang tidak lulus.. huuu ‘~ ’)

Namun ada juga yang memberikan tips dan menyatakan temuduga itu tidak mudah… ada pelbagai cara panel temuduga untuk menduga kita… topik-topik yang ‘wajib’ dipelajari dan sebagainya…(dan pembaca mungkin juga menerima tips-tips yang serupa…. biasanya dari pegawai- pegawai dari sektor kerajaanlah kerana sudah dibiasakan dengan hal-hal begini)

Walaubagaimanapun, ada satu (sebenarnya beberapa) peristiwa yang meninggalkan bekas di hati saya dalam episod ini. Dari sekian banyak tips temuduga yang saya perolehi, ada yang memberikan komentar tentang penampilan saya dihadapan panel temuduga kelak.

menurut ‘mereka’ penampilan saya menggambarkan bahawa saya seorang penentang dan degil (adakah kerana saya menentang arus fesyen?... adakah kerana saya ‘degil’ untuk bertahan kekal berpakaian sesuai syara’?)
                                                                                                                orang- orang degil?

Sempat juga saya ditegur sebagai ‘extreme’ kerana memakai sarung lengan (= handsock… betul ke?)
                                                                                                                       simbol ekstreme?

haish…

reaksi saya?

sedikit rasa kecewa ada… rasa simpati pada mereka juga ada… hhhmmmm….. moga Allah memberi kefahaman pada mereka suatu hari nanti… dan moga hari itu bertambah dekat.

buat mereka yang ingin tahu apakah soalan temuduga saya, di bawah sudah saya senaraikannya;

1. Perkenalkan diri anda

2. Apakah perbezaan sistem di Indonesia… kamu lebih menyukai yang mana? 

    Apakah pendapat kamu dalam menangani kekurangan sistem di Malaysia.

3. Siapakah pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia.

4. Apakah kaitan antara ‘rakyat diutamakan, pencapaian didahulukan’ dengan misi, visi KKM

5. Ada soalam yang kamu ingin bertanya?

selamat bertemuduga untuk yang berkenaan! yang penting… PeDe! ^^
wallahua’lam


Tuesday 13 September 2011

tanya… KENAPA?

Allah berfirman di dalam al-Quran

Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang itu dan pada apa yang diciptakan Allah di langit dan di bumi, benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan-Nya) bagi orang- orang yang bertakwa’

(Yunus; 6)

… dan banyak lagi ayat yang menerangkan tentang perubahan siang dan malam serta perubahan- perubahan lainnya seperti pertukaran musim, perubahan kegiatan manusia- rehat dan beraktiviti dan sebagainya.

hakikatnya perubahan pasti terjadi namun binaan asas dalam menghadapi perubahan yang bakal dihadapi perlu di pegang dengan kukuh.

Muhammad Ahmad ar-Rasyid mengatakan,


"Kelesuan selepas mujahadah... adalah kerana rosaknya langkah bermula.... "
 


samalah juga bidang (duniawi) kita… apakah titik tolak bidang kita?

jika saya perhatikan status-status dan shout-out d laman facebook TS saya yang dahulu, akan PASTI saya mendapati tulisan-tulisan yang berisi keluhan, penyesalan, kesengsaraan, penderitaan dan sebagainya.

pernah saya berchatting dengan salah seorang teman saya. waktu ditanyakan kabarnya, jawapannya tidak begitu memberangsangkan.

(berbanding dengan TS saya, saya memilih untuk memulai kerja lebih lambat supaya saya dapat membiasakan dengan keadaan DnT di tanah air, mengenal sistem di sini, dan membuat persiapan semaksimalnya baik dari segi internal dan eksternal…  )

saya sempat menanyakan pada TS saya kenapa memilih waktu yang relatif cepat untuk mula bekerja padahal banyak keluhan tentang HO yang telah kami dengar. Alasannya????
duit (of course!!!) dari menganggur di rumah dan tidak berbuat atau dapat apa-apa… lebih baik kerja dan dapat duit… (haish… hujung-hujungnya tetap duit yang menjadi kriteria utama)


walaupun sekarang sudah mendapat duit… keluhan-keluhan stress masih terdengar (terbaca lebih tepatnya ^^). katanya sistem di sini dan di sana berbeza…  banyak istilah-istilah yang digunakan tidak sama, banyak ringkasan-ringkasan yang tidak difahami… kerja banyak dan tidak ada masa untuk diri sendiri… dan sebagainya….

HO… oh HO…

DAIE yang bergelar HO bagaimana nanti? apakah titik tolak KITA? benarkah langkah KITA? cukupkah persediaan KITA?

Monday 5 September 2011

kelangsungan hidup

salam aidilfitri untuk semua dan mohon maaf zahir serta batin (terutama sebab sudah lama tidak mengemaskini blog ini) ampuuunnnnnn……..

teringat saya suatu ketika dahulu (yang tidaklah terlalu lama)  saya menemui seorang akhwat yang sangat saya hormati dan dapat dijadikan sebagai model muslim doktor. Kami membincangkan banyak hal dan tiba-tiba beliau berkata… ‘doktor seharusnya mempunyai umbilical cord (tali pusat)… ha… apa isi umbilical cord?’


erk? haduh… ‘ada umbilical arteries and vein’ jawab saya… beliau mengangguk setuju…

‘berapa vein and berapa arteries?’ (aduh die nak detail pula)

‘ada 1 vein dan 2 arteries’ dapat saya jawab setelah saya mencongkil isi otak yang setelah sekian lama tidak digunakan. ‘ok… yang mana masuk dan mana keluar?’ (akak… oh akak… buat saya jadi  takut pula) ‘yang masuk vein, yang keluar arteries’ … lega dapat jawab sebab dosen (pensyarah) selalu tekankan yang sistem saluran darah di tali pusat adalah  terbalik jika dibandingkan dengan saluran darah di bahagian tubuh manusia yang lain.


 ‘ha… sepatutnya begitulah para dai’e yang bergelar doktor… ada seorang professor yang berpesan… kita seharusnya mempunyai 1 intake (= usrah sendiri) and 2 output.’

hhmmmm….

lantas saya berfikir dan bertanya ‘2 kak?’

‘iya’ jawab beliau dengan penuh keyakinan. ‘tidak semestinya 2 usrah… 1 jadi PIC (= person in charge) sesuatu pon dikira baik. sebenarnya kita yang memerlukan perkara tersebut untuk terus ‘hidup’ … seperti halnya janin dalam melangsungkan kehidupannya dari peredaran darah di dalam tali pusat.

dan saya mulai merenung kata-katanya…

sungguh benar sekali…

selama ini saya dapat bertahan dengan menyalurkan keluar… dengan itu, kita akan merasakan kekurangan dan berusaha mencari nutrien- nutrien untuk kekal hidup di jalan ini… dan dari manakah tempat yang terbaik untuk memperolehi nutrien tersebut kalau bukan dari usrah kita?



wallahu’alam


Wednesday 17 August 2011

Yang Terbaik…


Assalamualaikum w.b.t … dan Ramadhan Mubarak pada semua.

Setelah sekian lama (walaupun tidaklah terlalu lama) saya ‘mencari, pergi kesana dan kemari’ akhirnya tibalah waktunya untuk saya mengorak langkah berikutnya (setelah membuat kesepakatan dgn beberapa TS… you know who!!! … jadi seru ada temen ^_^)  

Dengan tidak merisikokan Ramadhan kami, (yang mungkin menjadi Ramadhan terakhir sebagai seorang insan atau sekadar  Ramadhan terakhir  sebelum memulakan kehidupan sebagai Doktor) kami memulakan urusan dengan mendaftarkan diri ke MMC  (Malaysia Medical Council) dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dengan tujuan untuk mendapatkan surat akuan pendaftaran sementara dari MMC bagi keperluan temuduga di kemudian hari (…perancagan masa pendaftaran dan temuduga perlulah tepat supaya di panggil setelah ‘aidul fitri ^^) serta menetapkan pilihan hospital untuk memulakan kerjaya sebagai pegawai perubatan latihan siswazah (=HO)

Berbekalkan semangat Ramadhan dan hadith;

‘Yang terbaik di antara kamu adalah dia yang memulai mejalin hubungan dan memberi salam kepada saudaranya yang Muslim’ (shahih muslim, vol.16, p.115)

saya memulakan setiap sapaan untuk bertanya dengan memberi salam… dan tahukah anda?

saya mendapat layanan yang baik… Alhamdulillah… siapa bilang pegawai  kerajaan tidak ramah? mereka melayani tiap pertayaan saya dengan penuh kesabaran dan muka yang manis… jika dibandingkan dengan keluhan rakan-rakan saya sebelum saya yang telah mendaftar jauh labih awal, banyak yang mengatakan pegawai di sana garang, cuek etc…

hmmm…. teringat seorang ukhti pernah berkongsi suatu refleksi ‘ jika kita berjalan, orang yang bertentanagn dengan kita adalah cermin dari kita… jika mereka tersenyum, bererti kita sedang tersenyum… dan begitu juga sebaliknya.

Jadi, apa yang di pantulkan oleh cermin kita hari ini?


wallahua’lam.


Friday 5 August 2011

SUATU PERMULAAN

Blog ini saya tulis dalam respon saya terhadap blog saya doktor

Menurut saya blog ini bagus dan sangat membantu saya memberi gambaran tentang keadaan kehidupan housemen (HO)… yang dikatakan sangat menyeramkan.
Namun sempat saya terfikir… alangkah bagusnya jika ada fikrah… dan dengan itu saya  mendapat ilham, seperti kata- kata yang sering KITA dengar  “jika tidak ada bi’ah solehah, maka kitalah yg perlu mewujudkan bi’ah itu” , samalah juga “jika tidak ada blog KITA maka sayalah yang perlu mewujudkan blog itu” ^_^

Teringat saya pada suatu ketika sewaktu menziarahi seorang ukhti (k. wan aisyah) yang sedang menjalani HO, ketika itu kami (ukhti hajar, nabila dan saya sendiri) berniat utk menimba pengalaman beliau dan meminta pendapat beliau dalam menentukan tempat yang terbaik untuk memastikan kelangsungan dakwah dan tarbiyah kami. sebelum kami pulang sempat beliau berkongsi sebuah cerita (yang menyeramkan! ‘~’)… seorang ustaz (guess who?!) pernah mengeluhkan… “peratus kefuturan doktor adalah sangat tinggi setelah memasuki alam pekerjaan… nampaknya tidak muntij kita menyebarkan DnT pada mereka”
Huwaaa…. sebak dan terasa sempit dadaku tatkala mendegar kata-kata itu. tidak!! bukan tidak muntij!! bahkan  Abbas As-Sisi pernah menyatakan didalam buku tulisannya; At-Thariq Ilal Qulub

‘Pengajar dan doktor adalah da'i yang paling berjaya, jika mereka bersedia melakukan pekerjaan itu dengan didasari keimanan kepada Allah dan untuk menegakkan agama-Nya’.

Hanya… berilah kami (pelajar perubatan)peluang. tunjukkanlah jalan-Nya pada kami. Hidayah adalah ni’mat yang terbesar yang pernah kami rasakan… Yang menyelamatkan kami dari menjadi bangkai bernyawa. Jangan pernah berhenti menyeru kepada kami.

... dan blog ini saya tuliskan untuk memberi gambaran pada para dai’e yang bergelar doktor jalan yg terbentang di hadapan mereka. moga ini dapat menjadi bekal pada mereka yang dapat menguatkan lagi mereka di jalan ini.
Allah berfirman

Hai orang-orang yang beriman, bersiap siagalah kamu, dan majulah (ke medan pertempuran) berkelompok-kelompok, atau majulah bersama-sama! (An-Nisa’: 71)
Moga dengan gambaran yang jelas dan bekal yang cukup dapat mewujudkan futur sifar dikalangan dai’e yang bergelar doktor.

wallahua’lam.